Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trumph Adakan Kempen Pilihan Raya Di Tengah-Tengah Peningkatan Kes Covid-19

Gambar: CNN

Washington: Presiden Donald Trump akan mengadakan kempen di Tulsa, Oklahoma Jumaat depan sempena pilihan raya Presiden, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Kempen yang bakal diadakan di Tulsa BOK Center itu ketika Amerika Syarikat (AS) bergelut memerangi wabak COVID-19, menyaksikan kes di beberapa negeri terus melonjak ketika perniagaan dibenar beroperasi semula.

Perhimpunan besar-besaran masih dilarang di beberapa negeri lain.

Kes COVID-19 di AS melepasi dua juta, menurut data Johns Hopkins University dan lebih 113,000 pesakit meninggal dunia.

Kempen terakhir Trump diadakan di Charlotte, Carolina Utara pada 2 Mac.

— BERNAMA