Yumeyakata, sebuah kedai yang membolehkan anda menyewa Kimono bagi warga asing di Jepun kini menawarkan Wagara (tudung) bagi mereka yang ingin memakai kimono dengan mengenakan hijab.
PR TimesWanita muslim yang melawat Kyoto, Jepun dengan rancangan untuk menyewa kimono kini boleh menikmati pengalaman dengan menyewa tudung Yarayakata yang sesuai dengan pilihan pakaian tradisional Jepun mereka dengan harga 300 Yen (RM11) daripada harga asalnya 500 Yen (RM18).
PR TimesTudung ini juga tidak akan kelihatan menonjol atau bertentangan dengan Kimono kerana ianya direka khas untuk dipadankan dengan Kimono tersebut. Tudung ini juga dikatakan didatangkan dengan motif reka bentuk Wagara (corak Jepun) supaya dapat dikombinasikan dengan Kimono tradisional Jepun itu.
PR TimesSehingga kini, Yumeyakata dikatakan telah mempunyai sebanyak 20 jenis hijab yang bermotifkan corak musim bunga termasuk Sakura dan Snow Ring. Selain itu, mereka juga akan menawarkan lebih kurang 50 jenis hijab yang sesuai digayakan pada musim panas seperti hijab yang diperbuat dari kain renda (lace).
PR TimesBagi yang ingin menyewa tudung wagara ini anda bolehlah mengunjungi dua buah kedai di lokasi yang berikut:
128, Manjujicho, Shimogyo-Ku, Kyoto-shi, Kyoto.
472-1 Kinpukicho, Nakagyo-Ku, Kyoto 604-0846.
PR Times
PR TimesSumber: Next Shark