Tular 50 Ekor Biri-Biri ‘Singgah’ Pasar Raya, Sesak Tapi Tak Beli Apa-apa
Tahun lalu, tular di media sosial apabila seekor gajah dewasa mengunjungi sebuah kedai runcit di Thailand. Tanpa merosakkan barang jualan, gajah tersebut kemudiannya keluar meninggalkan kedai berkenaan.
Kali ini, satu kejadian yang hampir serupa berlaku di Jerman melibatkan kambing biri-biri pula tular. Kira-kira 50 ekor kambing biri-biri didapati berkunjung ke sebuah pasar raya di Bavaria, lapor DW.
Kumpulan haiwan berkenaan berlegar di sekitar rak pameran serta kawasan kaunter pembayaran selama hampir 20 minit selepas mereka terpisah daripada kawanan dan memasuki pasar raya tersebut pada Isnin.
Sehingga kini, punca sekumpulan haiwan ini terpisah masih tidak dapat dipastikan.
Menggunakan peluang yang ada, pekerja pasar raya menjadikan gambar-gambar kejadian sebagai meme dan meraih pelbagai reaksi warga maya di Instagram.
Kredit: Instagram @pennydeutschland
Kredit: Instagram @pennydeutschland
Kredit: Instagram @pennydeutschland
Kredit: Instagram @pennydeutschland
Kredit: Instagram @pennydeutschland
Kredit: Instagram @pennydeutschland
Kredit: Instagram @pennydeutschlandMenurut laporan DW yang memetik akhbar Augsburger Allgemeine, pengurus pasar raya, Jürgen Kippes menyangka situasi berkenaan merupakan satu gurauan.
“Saya tak pernah alami situasi sebegini sebelum ini. Saya ingatkan kami terkena ‘Candid Camera’,” ujar lelaki tersebut.
Katanya, kehadiran sekumpulan haiwan tersebut menyebabkan berlaku sedikit kekacauan.
“Kalau mereka terus ke bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran, minta simpang. Awak takkan berjaya bawa mereka keluar,” tambahnya lagi.
Difahamkan, usaha mengeluarkan kumpulan haiwan berkenaan telah dilaksanakan namun berhadapan sedikit cabaran.
“Kami cuba tolak mereka keluar tapi tak berhasil,” jelas pengurus berkenaan.
Berikutan itu, seorang pekerja pasar raya bertindak mengetuk mesin tunai dengan kuat sehingga menyebabkan kumpulan biri-biri berkenaan terkejut sebelum keluar melalui pintu pasar raya ke tempat meletak kereta.
Memetik temu bual bersama radio Bavaria, DW melaporkan bahawa penggembala kawanan haiwan berkenaan mengesyaki kumpulan biri-biri yang terpisah itu mungkin terganggu dengan biji-bijian yang ada di jalanan. Perkara ini menyebabkan mereka terpisah daripada kawanan berkenaan.
Sementara itu, pasar raya tersebut memaklumkan bahawa kawasan terjejas sudah dibersihkan dan mereka tidak bercadang untuk menuntut pampasan daripada pemilik kawanan. Malah, pasar raya tersebut bercadang untuk menaja 50 ekor kambing biri-biri itu selama satu tahun.
Sumber: DW