Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai perkongsian seorang lelaki yang menggunakan minyak sawit sebagai minyak pelincir kenderaannya.
Menurut individu berkenaan, dia terdorong untuk menggunakan minyak sawit sebagai minyak pelincir kenderaan selepas menonton sebuah video di Youtube.
Betul ke minya sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir kenderaan?
Menurut laman facebook automotif tanah air, Mekanika Malaysia, penggunaan minyak sawit dalam industri automotif tanah air bukanlah satu perkara baru.
Namun begitu, lain pula dalam isu minyak pelincir dan penulis di Mekanika Malaysia membangkitkan beberapa persoalan mengenai penggunaan minyak sawit tersebut.

Antara persoalan-persoalan yang dibangkitkan adalah mengenai jumlah minyak sawit yang diperlukan berbanding cc enjin, status minyak lama sama ada terbakar semasa proses operasi enjin atau perlu ditambah dari semasa ke semasa dan sela masa servis enjin menggunakan minyak sawit sebagai minyak pelincir.
Kata Mekanika Malaysia lagi, minyak pelincir kenderaan juga perlu tahan lasak untuk menahan suhu nyalaan petrol dan oksigen semasa pembakaran yang boleh mencecah sehingga 2,500 darjah celcius.
Selain itu, Mekanika Malaysia juga menggariskan beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan minyak pelincir antaranya Aditif atau Bahan Tambah di dalam Minyak Pelincir, Kelikatan atau Viscousity, Minyak Pelbagai Kelikatan – MultiGrade, Standard Minyak Pelincir dan Minyak Sintetik.

Menurut Mekanika Malaysia, memang terdapat kajian oleh penyelidikan tempatan terhadap penggunaan minyak sawit mentah dan bertapis ke atas kenderaan bermotor dan juga kajian eksperimen terkawal.
Kata Mekanika Malaysia, ‘smoke point’ bagi minyak sawit bertapis adalah 231 darjah celcius, sama seperti minyak pelincir jenama tempatan, tetapi adakah ia mampu bertahan pada suhu 300 darjah celcius ketika di sembur pada bahagian piston?
Manakala jika anda menggunakan minyak pelincir biasa, ia masih mengandungi adatif seperti agen anti-oksida serta polimer yang akan mengelakkan minyak pelincir menjadi teroksida dan kelikatan berkurang.
Satu lagi persoalan adalah minyak sawit mempunyai kandungan asid lemak. Berdasarkan struktur minyak masak, ia mengandungi molekul ikatan unsur karbon, oksigen dan juga hidrogen. Molekul-molekul ini boleh terbebas sekiranya molekul minyak teroksida.

Bagaimanapun perkara di atas boleh diatasi dengan penggunaan minyak enjin kerana minyak enjin mempunyai ejen anti kakisan dan ejen anti karat bagi menghalang pengaratan berlaku.
Pada masa yang sama, Mekanika Malaysia tidak menafikan bahawa penggunaan minyak sawit mentah atau Crude Palm Oil boleh digunakan bagi menggantikan petroleum sebagaia asas penghasilan minyak pelincir.
Namun katanya, kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi membolehkan Crude Palm Oil sesuai digunakan sertan bahan aditif yang kompetitif diperkenalkan supaya minyak sawit
Anda boleh membaca penulisan penuh daripada Mekanika Malaysia disini.
Sumber: Mekanika Malaysia