Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Penghuni Penjara Cuci Kenderaan Anggota, Ini Penjelasan Jabatan Penjara Malaysia

Kredit : Bernama

Tular baru-baru ini mengenai gambar seorang penghuni penjara sedang mencuci kenderaan salah seorang anggota penjara.

Ambil maklum berkaitan perkara tersebut, Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan memberikan enam penjelasan bagi mengelakkan salah faham berikutan hal ini.

Jabatan Penjara Malaysia menjelaskan bahawa perkhidmatan mencuci kenderaan dibuka kepada orang awam yang hendak menggunakan perkhidmatan tersebut dengan kadar harga bayaran berpatutan dan perkhidmatan berkualiti.

Penghuni penjara yang terlibat dalam perkhidmatan ini telah dilatih dan diberi kemahiran dalam program luar penjara Banduan kerja Luar Penjara (BKLP), tulis kenyataan itu.

Selain itu, Jabatan Penjara Malaysia juga memaklumkan bahawa setiap penghuni penjara menerima upah atau gaji hasil daripada pekerjaan yang dilakukan.

Program tersebut juga melibatkan banduan yang telah menjalani saringan ujian fizikal dan mental tertentu sehingga layak diberi pelepasan untuk menjalani BKLP dengan pemantauan anggota penjara.

Jelas Jabatan Penjara Malaysia lagi, kebanyakan institusi menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan dan komuniti setempat dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan ini boleh berhubung dengan penjara berdekatan.

Menerusi kenyataan itu, perkhidmatan yang ditawarkan dapat menandakan sokongan masyarakat dan komuniti setempat terhadap program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia dalam menyediakan peluang pekerjaan dan kerjaya penghuni apabila sudah dibebaskan.

Sumber : Jabatan Penjara Malaysia