Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Video Lelaki Minum Cecair Dipercayai Peluntur Bercampur Air Minum Undang Reaksi Ramai Orang

Tular di laman sosial Twitter baru-baru ini di mana menunjukkan tindakan berani seorang lelaki meminum air yang dipercayai dicampur dengan cecair peluntur.

Berdasarkan rakaman video, lelaki berkenaan dilihat selamba mencampurkan sukatan satu penutup cecair tersebut kedalam secawan air minuman sebelum mengacau larutan tersebut dan meminumnya sehingga habis.

Video ini turut tersebar di aplikasi WhatsApp dengan satu tangkap layar menjelaskan bahawa campuran kopi dan cecair itu dikatakan boleh menghapuskan racun termasuk virus Covid-19 dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet meluahkan rasa marah dan kesal mereka dengan tindakan lelaki tersebut. Ada di antaranya turut menyuarakan kebimbangan mengenai masalah ini di mana turut melibatkan ibu bapa mereka di dalam golongan usia yang sama.

Sumber: Twitter