Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ujian Antigen RTK COVID-19 Serendah RM30 Untuk Penduduk Port Dickson

SEREMBAN, 30 Jan — Penduduk di Port Dickson berpeluang menjalani saringan COVID-19 menggunakan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) dengan bayaran serendah RM30.

Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan tawaran berkenaan dibuat bertujuan meringankan beban rakyat selain bagi mencegah penularan COVID-19.

“Inisiatif ini mendapat kerjasama syarikat Selgate Corporation. Tarikh untuk menjalani ujian ini akan dimaklumkan kelak.

“Untuk maklumat lanjut, masyarakat boleh menghubungi pejabat Parlimen di pd132.wasap.my dan pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang Parlimen Port Dickson di www.parlimenpd.com,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA