Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
UMNO dukung kerajaan zahid
Gambar: Bernama

UMNO Kekal Dukung Kerajaan Perpaduan Walau Terima Tawaran Kerjasama Lain – Ahmad Zahid

Iqbal Yasir

UMNO Kekal Dukung Kerajaan Perpaduan Walau Terima Tawaran Kerjasama Lain – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti itu kekal mendukung Kerajaan Perpaduan meskipun menerima tawaran kerjasama politik daripada pihak lain.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO tetap berpegang kepada prinsip serta komitmen yang telah dipersetujui dalam pembentukan kerajaan, demi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan negara.

“Memang ada tawaran yang terhidang, memang ada yang datang merisik dan ada juga yang cuba meminang, namun sehingga hari ini UMNO kekal melaksanakan amanah kepada negara dengan terus mendukung Kerajaan Perpaduan.

“Selagi asas kenegaraan dihormati, tidak ada perkara yang dimungkiri. Keikhlasan tidak dikhianati dan UMNO akan terus memainkan peranannya dengan penuh rasa tanggungjawab,” katanya dalam ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat desakan dalaman agar UMNO menarik diri daripada kerajaan, kepimpinan parti mengambil pendirian berpaksikan kepentingan negara serta kemaslahatan ummah, mengatasi pertimbangan politik sempit.

Pada 5 Jan lepas, beliau menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran, walaupun terdapat gesaan daripada sayap Pemuda supaya parti itu keluar daripada kerajaan.

Sumber: Bernama

BACA: Rasuah: Tindakan Undang-Undang Tidak Wajar Cemari Imej Kementerian, Pasukan Keselamatan – PM Anwar