Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Menyambut ulang tahun kelahiran ke-10 pada hari ini, Cristiano Ronaldo mengucapkan selamat hari lahir kepada anak lelaki sulungnya, Cristiano Jr.
Menerusi kiriman yang dimuatnaik di laman Twitter rasminya, pemain Juventus itu memuatnaik sekeping gambar bersama anaknya dengan kapsyen yang menarik perhatian.
Memanggil anaknya dengan nama samaran ‘puppy’, Ronaldo juga berkata masa berlalu dengan pantas dan dia bagaikan tidak percaya bahawa anaknya itu kini sudah berusia 10 tahun.
Cristiano Jr. dilahirkan di Amerika Syarikat dengan Ronaldo mempunyai hak penjagaan yang penuh ke atas anak lelakinya itu.
Ramai peminat juga mengucapkan hari lahir kepada Cristiano Jr dan mendoakan agar dia membesar menjadi seperti bapanya.
Sumber: The Sun