Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Unik, Pengantin Ini Jadikan Udang Galah Goreng Sebagai Mas Kahwin

Sofea
udang galah goreng sebagai mas kahwin
Gambar: Kompas.com/Solopos

Majlis akad nikah enam pasangan pengantin di Jogjakarta tular selepas mereka menjadikan udang galah goreng sebagai mas kahwin, lapor Kompas.com.

Menurut laporan, majlis pernikahan itu diadakan di kawasan Pantai Krakal, Kapanewon Tanjungsari, Gunungkidul pada Rabu lalu.

Difahamkan, pernikahan unik itu juga turut dimulakan dengan tarian nirboyo dan gambyong.

Malah, pasangan pengantin juga datang ke lokasi akad nikah dengan menaiki jip.

Selain udang galah, pengantin wanita juga turut diberikan mas kahwin berupa empat gram cincin perak.

Timbalan Bupati Gunungkidul, Heri Susanto yang turut hadir di majlis Nikah Bersama itu berkata ia dicetuskan oleh salah satu pertubuhan tersebut.

“Majlis akad nikah bersama ini juga berbeza dan sangat unik,” katanya ketika ditemui di Pantai Krakal.

Tambahnya, majlis itu boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk promosi pelancongan pantai dan membuktikan bahawa Gunungkidul selamat serta selesa untuk dikunjungi oleh pelancong.

“Saya terkejut kerana diminta menjadi saksi. Bagaimanapun, saya gembira majlis berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Sementara itu, beberapa orang pasangan pengantin meluahkan keterujaan kerana dapat menyertai acara nikah secara beramai-ramai itu.

Pasangan yang berasal dari Jogjakarta, Novia Sri Libertiana dan Nur Diantoro berkata mereka kagum dengan majlis tersebut kerana ia berbeza dengan majlis akad nikah biasa.

“Kebetulan abang ipar saya pun daftar, jadi kami kahwin di sini,” kata Novia.

Dalam pada itu, Pengerusi Forum Ta’aruf Indonesia (Fortais), Ryan Budi Nuryanto berkata majlis perkahwinan enam mempelai itu bertepatan dengan memperingati Hari Lautan Sedunia.

Selain laut, udang galah yang digoreng disajikan sebagai simbol peringatan serta mas kahwin bagi setiap pasangan.

“Pelancongan perkahwinan seperti ini amat sesuai dibangunkan di Gunungkidul,” katanya.

BACA: Lelaki Hadiahkan RM90k, ‘Showroom’ Kereta, Tanah Sawah & Emas Sebagai Mas Kahwin Untuk Isteri

Sumber: Kompas.com