Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Usaha Cari Jodoh Guna “Billboard” Tuai Hasil, Wanita Dilamar Hartawan Ukraine

Cari Jodoh Guna "Billboard"
Gambar: New York Post

Usaha Cari Jodoh Guna “Billboard” Tuai Hasil, Wanita Dilamar Hartawan Ukraine

Usaha seorang wanita Rusia yang mengiklankan misi mencari jodohnya di papan iklan gergasi berjaya mendatangkan hasil selepas iklan tersebut tular dan menarik perhatian seorang hartawan kaya Ukraine, lapor New York Post.

Imej Maria Molonova, 26 tahun telah dipaparkan di papan iklan bandar asalanya di Ulan-Ude beberapa minggu yang lalu. Iklan itu turut disertai dengan petikan yang mendakwa bahawa dia sedang mencari “Mr. Right”.

Pencarian jodoh wanita itu dengan pantas menjadi berita utama di Rusia dan telah menarik perhatian seorang lelaki warga Ukraine yang bernama Serhii Kharkusha, 26 tahun.

Serhii dengan serta-merta terpesona dengan kecantikan wanita itu. Walaupun pada sekarang ini kedua negara terbabit masih lagi dalam tempoh berperang.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Saya tidak menyokong peperangan atau Vladimir Putin. Saya tidak faham apa yang dia lakukan, tetapi saya berasa gembira kerana telah jatuh cinta dengan seorang wanita Rusia,” kata Serhii kepada East2West News.

Serhii yang berkerja dalam bidang perniagaan kini berpangkalan di Los Angeles dan masih belum bertemu dengan Maria dalam kehidupan yang sebenar.

Walau bagaimanapun, dia percaya wanita itu adalah jodohnya dan berharap tidak lama lagi dia akan pergi melawat kekasihnya itu di dalam dunia nyata.

“Saya memilih Maria kerana saya melihatnya di berita dan dia juga adalah contoh kepada gadis impian saya. Dia berkulit cerah dan berani. Terdapat ramai wanita di LA tetapi mereka semua tidak sesuai dengan saya,” kata Serhii.

Maria berkata dia dan Serhii sepadan kerana dia juga merupakan seorang usahawan manakala Serhii pula seorang ‘taikun’ yang juga berjaya dalam perniagaannya.

Lelaki Ukraine itu menyifatkan papan iklan yang memaparkan Maria itu “sangat kreatif” dan memutuskan untuk membeli slot papan iklannya sendiri.

Papan iklan yang dibeli Serhii itu betul-betul berada di belakang papan iklan Maria dan memaparkan fotonya dengan petikan berbunyi “Pusing belakang, saya sudah berada di sini.”

Sumber: New York Post