Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.
Menerusi ciapan ringkasnya di Twitter, sebanyak 82.4 peratus remaja telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
“82.4 peratus remaja telah mendapat satu dos suntikan vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos.
“Ini bermakna sekolah akan dibuka dengan selamat,” katanya menerusi ciapan itu.
Dalam pada itu, beliau juga berkata bahawa kerajaan akan mempertimbangkan penggunaan vaksin lain seperti Sinovac kepada golongan itu.
Sumber: Khairy Jamaluddin