Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sempena ulang tahun kedua Proton e.MAS, PRO-NET akan menampilkan barisan mobiliti elektrik komprehensif setakat ini di KLIMS 2026, termasuk kemunculan pertama kepada orang ramai varian baharu Proton e.MAS 7 di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 yang akan berlangsung dari 11 hingga 21 Jun di MITEC.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2024, Proton e.MAS telah berkembang dari sebuah jenama EV nasional pertama Malaysia kepada jenama EV No.1 Malaysia, disokong oleh ekosistem yang semakin kukuh serta keyakinan pelanggan yang terus meningkat dengan penggunaan mobiliti elektrik.
Pada tahun ini, Proton e.MAS akan menjadi tumpuan utama di KLIMS 2026 yang bakal menampilkan inovasi terkininya, sekali gus mengukuhkan peranannya dalam memacu peralihan Malaysia ke arah mobiliti elektrik.
“KLIMS 2026 merupakan satu detik bermakna bagi Proton e.MAS kerana kita dapat melihat sejauh mana jenama ini telah berkembang dalam tempoh dua tahun yang lalu. Ia juga adalah peluang untuk memberi gambaran kepada rakyat Malaysia tentang masa depan hala tuju kami bersama Proton e.MAS,” kata Encik Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

Antara tumpuan utama di pameran ini adalah pratonton varian baharu Proton e.MAS 7, yang memberikan pengunjung gambaran awal tentang evolusi seterusnya jenama EV No.1 Malaysia. Maklumat lanjut akan diumumkan kelak dengan pelancarannya di pasaran.
Pengunjung juga boleh meneroka keseluruhan barisan Proton e.MAS di Dewan 7, Aras 2, MITEC serta melihat teknologi EV terkini, di samping dapat melihat bagaimana jenama ini terus menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses dan relevan untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS dan kemas kini The Real e.MAS Drive, layari laman web Proton e.MAS serta saluran media sosial rasmi: Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial).
#PROTONeMAS #KLIMS2026 #KuasaeMAS #EVMalaysia #PoweringMalaysiaForward
