Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) 7 Remaja Dilapor Sesat Di Gunung Hitam, Operasi Mencari & Menyelamat Sedang Dijalankan

Kredit: Live Sinar Harian

Tujuh remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai sesat selepas mendaki di Trek Gunung Hitam, Sungai Lui, Selangor awal pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Dalam siaran langsung media berkenaan (1.26 pagi), operasi mencari dan menyelamat kesemua mereka masih berjalan sehingga kini.

Menurut wartawan, lokasi mereka telahpun dikenalpasti, dan dipercayai berada agak jauh ke dalam dan memerlukan bantuan dron serta panduan penduduk tempatan untuk mengeluarkan remaja berkenaan.

Difahamkan, remaja-remaja terlibat telah menghubungi pihak bomba pada jam 4.15 petang tadi.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: Sinar Harian