Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan semua ahli-ahli parlimen sebelum pengumuman berkenaan lantikan barisan jemaah menteri baharu dibuat pada petang ini.
Menerusi satu Tweet yang dikongsikan Bernama, kenderaan yang membawa Perdana Menteri Malaysia itu telah dilaporkan memasuki Kompleks Seri Perdana di Putrajaya pada sekitar 3 petang.
Turut kelihatan, kenderaan yang membawa ahli-ahli parlimen tidak lama kemudian tiba di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi menghadiri perjumpaan bersama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
https://platform.twitter.com/widgets.js
Upacara mengangkat sumpah bagi barisan jemaah menteri yang baharu dijangka akan berlangsung pada jam 3 petang esok di Istana Melawati Putrajaya.
Sumber: Bernama