Keadaan di perkampungan sekitar Gunung Semeru menjadi gelap gelita akibat daripada muntahan debu tebal dari gunung tersebut yang dilaporkan kembali aktif.
Gunung berapi setinggi 3,676 meter dari paras laut ini mengeluarkan debu panas sehingga bercucuran seperti hujan jatuh ke tanah dan mengakibatkan kebimbangan penduduk terutamanya keselamatan mereka terjejas.
Seperti rakaman yang dikongsikan penduduk sekitar, dia mendakwa ketika rakaman tersebut dibuat jam menunjukkan puul 4.30 petang namun keadaannya sangat gelap dan kabur seperti malam.
Berdasarkan satu lagi rakaman penduduk kawasan gunung berpi menunjukkan sebuah jambatan musnah dan putus akibat letusan daripada gunung berapi tersebut.
Difahamkan, keadaan di perkampungan tersebut sangat mendukacita dan ramai yang kehilangan tempat tinggal serta ada mangsa yang terkorban.
Sumber: Tiktok Kretor Santuy
