Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Baru Pulih Kecederaan Panjang, Marc Marquez Terlibat Kemalangan Lagi, Melambung Tinggi Ke Udara & Terhempas Atas Litar Semalam

Gambar: MotoGP

Juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez tercampak dari jenteranya dalam satu kemalangan di peringkat awal sesi latihan bebas di litar Assen, Belanda semalam.

Menurut portal motorsport.com, Marquez bernasib baik kerana dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius susulan daripada insiden tersebut.

Pelumba Honda itu menggesa supaya pasukannya mencari solusi dan memperbetulkan masalah yang membabitkan elektronik jenteranya itu kerana dia merasa bahawa “hanya penunggang Honda sahaja yang mempunyai masalah itu” – memetik insiden serupa yang terjadi kepada Pol Espargaro dan Alex Marquez di Portugal, serta kemalangan di mana lengannya patah yang hampir memusnahkan kariernya di Jerez tahun lalu.

“Pada dasarnya, pertama kali saya berasa cukup bertuah kerana terselamat daripada kemalangan itu dengan baik-baik sahaja,” kata Marquez ketika ditanya oleh Motorsport.com mengenai kejadian itu.

“Benar, di sini di Assen saya berasa lebih baik daripada yang saya harapkan dan dalam FP1 saya menunggang dalam mod yang bersahaja.

“Pada FP2 saya memutuskan untuk menunggang dengan bersungguh-sungguh, dan saya pun menunggang dengan sangat baik.

“Memang benar saya terlampau push di beberapa di bahagian litar itu, tetapi secara khususnya pada sudut itu di selekoh tersebut, saya tidak melampaui batas, ianya kerana ada penunggang lain di depan saya dan saya melakukan perkara yang sama seperti apa yang dia lakukan atau lebih perlahan.

“Tetapi saya sudah banyak push HRC. Kita tidak boleh mengalami kemalangan seperti ini lagi.

“Memang benar bahawa di sudut seperti itu, kita tidak boleh mengharapkan elektronik, tetapi elektronik perlu ada untuk menghentikan kemalangan seperti ini dan masalahnya hanya penunggang Honda sahaja yang mempunyai masalah seperti ini.

“Kita memerlukan sesuatu yang lebih selamat kerana jika tidak, mustahil untuk memiliki keyakinan dan kembali menjadi nombor 1 semula,” katanya.

Sumber: Motorsport.com