Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kebanyakan kereta baru kini menggunakan sistem pintar ‘keyless’. Ya, tak perlu untuk memutarkan kunci untuk hidupkan kereta hanya tekan butang enjin ‘start’ dan ‘stop’ sahaja.
Sama juga apabila keluar dan masuk kereta, anda hanyalah menekan butang kecil pada pemegang pintu tanpa perlu mengeluarkan alat kawalan jauh dari poket kan?
Tetapi, pernah tak anda terfikir sekiranya alat kawalan jauh itu kehabisan bateri? Walaupun kita menggunakan kunci secara manual tetapi ‘alarm’ kereta masih berbunyi kan? Macam mana nak elak dari bunyi tersebut dan anda selamat untuk memandu?
Jadi, SK hari ini ingin kongsikan tiga tips menarik untuk membantu anda yang mengalami keadaan yang sama untuk kereta jenis Perodua Bezza. Perkongsian ini daripada Peter Sengkong Lock Smith menerusi laman Tiktoknya.
Buka pintu dengan menggunakan kunci manual

Kaki tekan pada brek (alarm akan berbunyi)

Tekan sekali pada butang ‘start/stop’
Scan alat kawalan jauh sekali pada butang ‘start/stop’ (alarm akan berhenti berbunyi)

Boleh hidupkan enjin seperti biasa.

Tonton video di bawah
Sumber: Peter Sengkonglock Smith