Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Bekas Pemain Selangor, Lagenda Bola Sepak Indonesia Umum Persaraan

Nurul Alia Ali

Lagenda bola sepak Indonesia yang juga merupakan bekas pemain Selangor, Bambang Pamungkas akhirnya membuat keputusan untuk bersara dan menamatkan kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional pada usia 39 tahun.

Bambang mengumumkan perkara itu di hadapan ribuan penyokong Persija Jakarta, kelab profesional pertama dalam kariernya.

Anak kelahiran Semarang itu mula diminati ramai apabila menjadi penjaring terbanyak di Piala AFF 2002 iaitu sebanyak 8 gol.

Jaringannya juga telah membuatkan Indonesia mara ke final dan kalahkan Malaysia dalam pusingan separuh akhir.

Bambang Pamungkas akan sentiasa diingati sebagai penyerang paling menyengat dan jasanya dalam bidang bola sepak akan diingati sampai bila-bila.

Sumber : Indosiar