Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Cuma Guna 2 Barang Je, Lelaki Kongsi Cara Mudah Buat Bara Api Untuk BBQ Masa ‘Camping’

TikTok: @shafickza
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Aktiviti BBQ merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan sekiranya berkelah di tepi sungai atau air terjun. BBQ bersama keluarga tersayang sambil menikmati keindahan alam semulajadi memang seronok.

Namun, menjadi satu masalah adalah apabila nak hidupkan bara api. Dah guna bermacam-macam cara tetapi masih juga tak hidup-hidup.

Sebenarnya, mudah sahaja nak hidupkan bara api ini. Hanya memerlukan beberapa bahan penting sahaja agar bara api boleh hidup dengan cepat.

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @shafickza, lelaki ini berkongsi tentang cara nak hidupkan bara api dengan menggunakan tisu dan minyak masak sahaja.

Cara ini dapat memastikan api yang dinyalakan hidup lebih lama. Boleh cuba kalau anda nak pergi berkelah nanti.

Untuk lebih mudah faham, anda boleh tonton video di bawah ini.

Sumber: TikTok