Bila sebut mengenai bakat, semua orang ada bakat yang tersendiri. Tak mengira tahap kepandaian akademik ataupun kemahiran, Sang Pencipta sudah cipta manusia mempunyai akal.
Benar, bakat ada di mana-mana sahaja, namun tidak berpeluang untuk mengembang bakat yang ada. Seperti kisah seorang pemuda dari negara Afrika ini. Cukup mahir memcipta sebuah kereta daripada bahan terbuang sahaja.
Hebat bukan? Umum kita mengetahui Ghana merupakan wilayah yang memiliki masyarakat kurang berkemampuan yang ramai. Namun, bakat dan minat pemuda ini untuk menjadi seorang jurutera dapat perhatian dunia dan dianggap sebagai ‘next’ Elon Musk.
Difahamkan menerusi video ini, pemuda ini tidak bersekolah dan dengan ketabahan serta kegigihannya untuk menimba ilmu, dia belajar sendiri. Selama 4 tahun, dia meneliti cara pembikinan di kedai kereta, mencari bahan-bahan terbuang dan menggunakan wang sendiri untuk membeli enjin kereta terpakai.
Hasilnya, dia berjaya menghasilkan sebuah kereta seakan ”tesla’.
Sumber: Nas Daily