Pendakwah terkenal Ebit Lew mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah tidak berasas dan melampau selain bertujuan untuk menjatuhkan kredibilitinya.
Dalam satu rakaman video pendek tersebut, pendakwah ini mendakwa pertuduhan yang dihadapi di mahkamah pada Jumaat adalah dirancang oleh kumpulan tertentu sejak sekian lama.
“Saya melihat pertuduhan ini satu pertuduhan yang tidak berasas, melampau dan memang tujuan utamanya saya nampak untuk menjatuhkan kredibiliti saya dan supaya saya nampak saya dihina, direndahkan dan supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu,” dakwanya di dalam rakaman tersebut.
“Saya hanya tahu beberapa hari lalu, saya pun terkejut juga masih dalam sedang melakukan kerja amal di Sabah 40 hari. Tiba-tiba saya dapat tahu terkejut juga kerana bukan perancangan untuk ke mahkamah, tidak ada.”
Dakwanya lagi, beliau tahu bahawa beliau tidak bersalah dan yakin apa yang berlaku ini adalah rancangan ramai orang dari dulu lagi yang mahu mengganggunya membuat kerja amal.
Pada masa yang sama, beliau akan menyerahkan semuanya kepada peguam dan akan melalaui proses di mahkamah sehingga selesai.
Terdahulu, beliau mengaku tidak bersalah atas semua 11 pertuduhan yang dibaca oleh mahkamah pada hari ini.
Sumber: Deasoka
