Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Gadis Terkunci Pintu Bilik Dari Luar, Mujur Si Oyen Bijak Tolong Bukakan Kunci Lepas Sejam

Gambar : TikTok irentira

Memelihara haiwan peliharaan merupakan suatu terapi yang bagus kepada manusia lebih-lebih lagi kucing. Keperibadian yang penuh dengan teka-teki dan penampilan yang comel menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan yang popular dalam kalangan masyarakat. Sifat dan keletah yang ditunjukkan pasti akan mencuit hati sesiapa sahaja. Tapi, tahukah anda kucing sebenarnya sangat bijak dan mempunyai ingatan yang lebih baik berbanding haiwan lain?

Menerusi video TikTok, dilihat kucing berwarna oren dan putih itu bukakan tingkap untuk tuannya. Hendak dijadikan cerita, pemilik akaun tersebut sudah sejam terkunci dari luar dan kunci pula tertinggal di dalam bilik. Kebetulan kucingnya yang bernama Kenzo terkurung di dalam bilik dan berada di tingkap.

Dia mengarahkan kucingnya untuk menaikkan kunci tingkap tersebut supaya dia boleh masuk dan mengambil kunci. Seolah-olah faham apa yang dikatakan oleh tuannya, Kenzo pun berusaha buka tingkap tersebut dan berjaya dengan menaikkan kunci tingkap itu.

Video yang hampir mencecah 800,000 like itu mendapat perhatian daripada warga net dan rata-rata daripada komen berasa kagum dan cemburu dengan kebijaksanaan kucing itu. Ada yang menyuruh tuannya membeli wagyu beef sebagai hadiah dan ada juga yang mengatakan kucing mereka tidak seperti Kenzo.

Sumber : TikTok irentira