Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Teringat dulu-dulu waktu zaman sekolah mesti ada bermacam-macam pertandingan, yang paling popular adalah pertandingan menyanyi. Bagi yang suka menyanyi, inilah masa untuk tunjukkan bakat mereka.
Ya, sudah pasti ia merupakan satu kenangan pahit dan manis untuk kita semua pada zaman itu. Seperti video yang tular di laman Tiktok ini tentang seorang kanak-kanak lelaki membuat persembahan di sekolahnya telah menarik perhatian ramai.
Apa yang menarik perhatian ramai, anak kecil yang segak berbaju melayu ini mendendangkn lagu Inggeris yang bertajuk ‘Perfect’ nyanyian Ed Sheran.
Menurut ayahnya, Johari Hassan berkata adik Fahmie ini sangat suka menyanyi sejak usia 5 tahun lagi. Tambahnya lagi, si kecil ini mengikut jejak abang dan kakaknya yang suka menyanyi.
Seperti rakaman video di bawah, adik Fahmia atau lebih mesra degnan panggilan Dikmie ini sangat yakin sampai terlupa untuk intro beri salam.
Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat adik ini dan memuji tentang ‘confident’ dia menyebut perkataan Inggeris dalam rangkap lagu tersebut.





Sumber: Joharihassan2