Ketika ini, rakyat Malaysia sememangnya sedang hangat dengan isu-isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Buka sahaja di beberapa platform media sosial terutamanya Twitter, tak susah sebenarnya nak mencari tweet-tweet yang mencetuskan perbahasan ataupun perbalahan antara golongan yang memperjuangkan hak LGBT dengan golongan-golongan yang masih waras dan tahu halal haram dalam agama.
Terbaru, tular pula isu sindiran yang dibuat oleh seorang lelaki yang juga bergelar usahawan kosmetik berjaya, Safiey Illiyas terhadap seorang penceramah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin. Isunya bermula apabila, Safiey yang juga seorang lelaki transgender memuat naik satu status di akaun Instagramnya yang dipercayai ditujukan kepada PU Amin.

demikian status yang dimuat naik tersebut.
PU Amin akhirnya tampil membuat penjelasan berhubung ketidakhadirannya ke majlis yang dianjurkan oleh Safiey untuk meraikan anak yatim tersebut.
Menurut PU Amin, majlis tersebut yang dihadiri beratus-ratus anak yatim dan pelajar tahfiz atas jemputan, turut diserikan dengan acara hiburan yang disifatkan sebagai lucah dan tidak bermoral. Jom kita baca perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut penjelasannya.


Sumber : PU Amin

