Umum telah mengetahui bahawa negara kini sedang dilanda dengan wabak pandemik COVID-19.
Kesan daripada itu, kerajaan telah mengarahkan semua orang yang tiada urusan penting di luar untuk kekal berada di rumah.
Kalau nak kekal berada di rumah untuk tempoh yang panjang siapa sahaja yang tak stress bukan? Lagi-lagi bagi kawasan yang dikenakan PKPD seperti di Pangsapuri Sri Ayu ini.
Oleh kerana prihatin dan ingin menceriakan penduduk di kawasan tersebut, frontliners telah berganding bahu memberikan sedikit hiburan kepada penduduk di kawasan terbabit.
Video tersebut kemudiannya telah menjadi tular di media sosial. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang dikongsi melalui akaun Facebook Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat ini seperti berikut:
KALAU STRES KAMI HIBURKAN
Setelah memasuki hari ketiga semalam suasana di dalam kawasan PKPD di Pangsapuri Sri Ayu kelihatan ‘tegang’ dengan keadaan senyap dan kurang ceria. Penghuni patuh pada arahan yang diberikan.
Apabila kami membuat hebahan mengenai informasi atau arahan-arahan adakalanya boleh jadi salah faham. Kami tahu keadaan ini tak lain kerana perubahan emosi. Siapa yang suka duduk terkurung kan? Tapi ini arahan pihak berkuasa utk keselamatan banyak pihak. Semua keputusan utk kebaikan bersama dalam tempoh masa panjang.
Kami cuba berikan terbaik. Melalui pengalaman yang lepas menguruskan hebahan berinformasi dalam kawasan PKPD Sungai Lui dan PKPD Hentian Kajang kami ceriakan juga penghuni di sini dengan sedikit hiburan.
Bukan saja penghuni malah petugas juga perlukan terapi ini. Jadi, kami mainkan muzik yang tengah ‘in’ pada masa sekarang dan apa lagi semua pun bergoyang la!
Sebab semua dh buat saringan COVID-19 dan dipakaikan gelang maka esok semua penghuni perlu terus kekal duduk di rumah ya!
Sumber: Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat