Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Kanggaru Seakan ‘Bersalam’ Dengan Penyelamat Lepas Terperangkap Dalam Air, Mungkin Berterima Kasih

Kredit: Daily Mail

Seekor kanggaru yang terperangkap di sebuah tasik di Canberra telah menarik perhatian ramai apabila dilihat seakan ‘bersalaman’ dengan individu yang menyelamatkannya.

Menurut Daily Mail, dua lelaki telah menghampiri haiwan berkenaan yang dipercayai sedang ketakutan sebelum menghulurkan tangan kepada haiwan tersebut.

Sebaik berjaya memaut tangan kanggaru berkenaan, lelaki tersebut telah mengalihkannya ke tempat selamat dan disambut oleh individu ketiga.

Memetik portal tersebut, lelaki-lelaki berkenaan mengambil masa sekitar 30 minit untuk membantu haiwan itu.

Pun begitu, kanggaru yang tercedera atau sakit dipercayai boleh bertindak defensif dan berbahaya jika didekati. Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak mendekati haiwan tersebut, sebaliknya meminta bantuan pihak berwajib jika berhadapan situasi berkenaan, tulis Daily Mail.

Sumber: Daily Mail