Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Keadaan Banjir Di Gual Tinggi Di Kelantan, Jalan Dilapor Sudah Dinaiki Air

Gambar via Facebook

Susulan keadaan cuaca hujan lebat berterusan beserta angin kencang yang berlaku di Pantai Timur dua hari kebelakangan ini, beberapa negeri dilaporkan kembali dilanda banjir.

Menurut laporan Bernama, negeri-negeri Pantai Timur yang terjejas setakat petang tadi termasuk Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Keadaan air ‘naik’ di salah sebuah jajahan di Kelantan sempat dimuatnaik salah seorang warga net yang dikenali sebagai Addin Yusof, dipercayai berlaku di Gual Tinggi, Rantau Panjang.

Dalam video tersebut, dapat dilihat beberapa buah kereta sedang menyusuri jalan dalam keadaan hujan serta laluan yang telah dinaiki air banjir.

Sebelumnya, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan kenyataan luruan monsun serta amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk dan waspada hingga 26 Februari 2022 terhadap negeri:

  • Kelantan

  • Terengganu

  • Pahang

  • Johor

  • Perlis

  • Kedah

  • Pulau Pinang

  • Perak

  • Selangor

  • Negeri Sembilan

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Sumber: Facebook , Addin Yusof