Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Apabila bersama rakan-rakan pejabat atau ‘officemates’, pasti ada sahaja momen atau peristiwa yang tak dapat dilupakan. Tambahan lagi jika dikelilingi rakan sekerja yang ‘sporting’, cerita dan sekepala, mesti tak kering gusi dibuatnya.
Seperti perkongsian sebuah video menerusi aplikasi Tiktok oleh akaun Ifzan Derviest, di mana menunjukkan gelagat pemuda tersebut yang sedang ‘curi-curi’ makan setelah habis waktu rehat.
Reaksi panik dan terkejutnya apabila melihat kehadiran bos di pejabat, menjadi tular sehingga meraih 1.9 juta tontonan dan dibanjiri dengan ribuan komen oleh warganet yang geli hati melihat gelagat pemuda tersebut.
Rata-ratanya terhibur melihat pemuda itu yang cuba ‘menyembunyikan’ makanan di bawah meja dengan wajah paniknya yang jelas kelihatan.
Ada di antara warganet yang turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama apabila bos muncul ketika sedang makan selepas waktu rehat. Memang kelakar!



Sumber: TikTok ifzanderviestonxon