Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Lombong Emas Haram Runtuh, 60 Orang Dikhuatiri Tertimbus

Sekurang-kurangnya 60 orang dikhuatiri terkambus dalam runtuhan lombong emas haram di Sulawesi Utara, Indonesia, malam tadi.

Pasukan penyelamat ketika ini sedang bertungkus-lumus mencari mangsa yang terselemat dalam runtuhan berkenaan.

Menurut pihak pengurusan bencana Indonesia, seorang mangsa ditemui tidak bernyawa manakala 13 orang lagi sudah berjaya diselamatkan setakat pukul 5 pagi hari ini.

”Dianggarkan seramai 60 orang tertimbus dalam runtuhan tanah dan juga batu di lombong tersebut,” kata jurucakap badan pengurusan bencana.

Beberapa keping gambar yang tular di media sosial menunjukkan pasukan penyelamat bertungkus-lumus memeriksa kawasan bencana untuk mengesan kedudukan mangsa-mangsa yang terperangkap.

Lombong-lombong emas kecil diharamkan di Indonesia bagaimanapun kewujudan lombong-lombong haram dikatakan bertebaran di seluruh negara republik tersebut.

Sumber: BBC