Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Pantai Di Tonga Dilapor Dibadai Tsunami Selepas Dilanda Letusan Gunung Berapi Dahsyat

Kredit : Twitter NWSHonululu / Daily Mail

Bereapa kawasan pantai di Tonga dilapor dibadai tsunami selepas Gunung Berapi bawah laut -Hunga Haʻapai meletus sebentar tadi.

Letusan gunung berapi tersebut kelihatan sehingga ke angkasa lepas dan berjaya dirakam satelit.

Susulan letusan berkenaan, amaran tsunami telah dikeluarkan di beberapa kawasan pantai Tonga, termasuk di New Zealand.

Sebentar tadi, melalui perkongsian yang dibuat oleh pengguna media sosial, beberapa kawasan dikatakan sudahpun dilanda tsunami.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada tsunami berkenaan membawa kemusnaha memandangkan tiada laporan berhubung kerosakan atau kematian yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Tonga dan juga media antarabangsa setakat ini.