Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) ‘Penuh’ Baldi, Opah Belanja Skil Mancing Pakai Botol, Umpan Tepung Bancuh-bancuh Terus Campak

Edayu

Tidak dinafikan hobi memancing ini sering digemari oleh para lelaki. Pendek kata, semua jenis peralatan dan umpan untuk memancing sudah mereka ‘hafal’.

Ya, aktiviti memancing ini sangat memerlukan kesabaran dan ketengan yang tinggi untuk menunggu masa ikan memakan umpan kita. Ada kalanya sudah lebih 1 jam pun masih belum mendapat hasil.

Namun, satu rakaman video di Facebook tular apabila kelihatan seorang wanita warga emas sedang memancing ikan belanak di sebuah paya curi tumpuan ramai.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila makcik tersebut hanya menggunakan botol yang dipotong dua sebagai alat memancingnya.

Bukan itu sahaja, wanita ini tidak menggunakan umpan yang mahal, hanya sekadar bancuhan tepung gandum sahaja dapat ‘menawan’ ikan di paya berkenaan hampir separuh baldi yang dibawanya.

“Ini Otai, otai memancing… tengok situ, tak sampai seminit…”

Betul-betul ‘orang lama’. Seperti yang korang lihat menerusi rakaman tersebut, tak sampai seminit makcik itu dapat ikan. Ada kalanya satu bekas tersebut boleh menangkap dua ekor ikan sekaligus.

Sumber: Mohd Di Shuhainie