Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Penuh Emosi, Bapa Adib Rayu Keputusan Kes Diadili Seadilnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kejadian pilu yang menggemparkan negara berkaitan kes Muhammad Adib Mohd Kassim sudah sampai ke penghujungnya apabila keputusan inkues kematian anggota bomba itu akan diumumkan Jumaat (27 September) ini.

Bukan sahaja seluruh rakyat Malaysia berdebar menantikan keputusan, malah ahli keluarga terutamanya ibu bapa mangsa berharap keadilan dapat ditegakkan seadilnya untuk anak mereka.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Khairul Azri di media sosial, rayuan ibu bapa Adib mengenai keputusan yang akan diumumkan itu nanti ternyata mengundang rasa hiba ramai.

Gambar : Bernama

Kehidupan kami seolah-olah tidak sempurna

Assalamualaikum kepada seluruh rakyat malaysia.

Saya terharu dengan prihatin dan sikap ambil berat seluruh rakyat Malaysia terhadap keadilan untuk Adib selama ini. Kehidupan kami seolah-olah tidak sempurna dan sentiasa memikirkan perihal keadilan yang tertangguh untuk Adib.

Gambar : Bernama
Gambar : Bernama

Saya dimaklum bahawa 27hb ini adalah keputusan inkues di Mahkamah Shah Alam. Ini adalah penentu sama ada keadilan untuk Adib dapat ditegakkan atau sebaliknya.

Kami sekeluarga tidak pernah jemu berdoa untuk Adib, mohon kepada Allah agar misteri kematian Adib dapat diadili seadil-adilnya.

Gambar : Bernama
Gambar : Bernama

Menyeru orang ramai untuk sama-sama berdoa

Saya menyeru kepada orang ramai untuk terus sama-sama berdoa agar keputusan inkues nanti dapat memberi keadilan dengan adil-seadilnya dengan tiada lagi campur tangan dan gangguan yang tidak sepatutnya.

Terima kasih saya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia membantu, yang prihatin terutama yang akan turut hadir pada 27hb untuk mendengar keputusan nanti.

Sekian terima kasih.

Tonton video di bawah :

Sumber : Khairul Azri