Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

(Video) Radiator Kereta Didakwa Meletup, Air Tersembur Kena Mekanik Hingga Terpelanting

Sofea

Salah satu komponen penting pada kereta yang perlu dijaga ialah radiator, ia perlulah kerap diperiksa dan diselenggara agar tidak mengalami sebarang kerosakan yang tidak diingini.

Kebiasaannya, radiator juga perlu diisi dengan air agar ia tidak mengalami masalah overheating pada bahagian enjin.

Pun begitu, ia juga perlu diselenggara dengan berhati-hati kerana mungkin akan berlaku perkara yang tidak diingini. Seperti yang dialami oleh seorang mekanik semasa sedang memeriksa kereta pelanggannya.

Menerusi video yang tular di TikTok sejak semalam, air radiator kereta itu didakwa telah’meletup’ dan tersembur pada mekanik itu sehingga membuatkannya terpelanting.

Dipercayai berlaku di Indonesia, tetapi maklumat terperinci mengenai lokasi dan tarikh kejadian itu tidak didedahkan.

Pada awal video itu, mekanik itu dilihat membuka bonet hadapan kereta tersebut dan memeriksa enjin itu. Dia dilihat berbual sebentar dengan seorang lelaki dan wanita yang disyaki pemilik kereta tersebut.

Tidak lama selepas itu, radiator kereta dilihat ‘meletup’ dan memancutkan air dengan tekanan yang sangat tinggi.

Mekanik itu sangat terkejut sehingga dia terpelanting ke rak di belakangnya.

Wanita yang berada berhampiran kereta itu panik dan meminta pertolongan dari orang ramai.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan mekanik tersebut.

Sumber: Suara.com