Setiap barang yang kita miliki mempunyai fungsi yang tersendiri. Namun terdapat fungsi lain yang tersembunyi secara kita tidak sedar sebenarnya banyak membantu memudahkan kerja harian kita.
Kadang-kadang, anda mesti sering berteka-teki sendirian tentang fungsi atau kenapa sesuatu perkataan atau tulisan pada sesuatu barang diletakkan disitu.
Disini terdapat beberapa helah yang terdapat pada barang-barang kegunaan harian anda didedahkan oleh 7-Second Riddles :
1.

Jika anda perasan, terdapat satu titik hitam kecil yang berada tengah-tengah di antara kamera dan flash Iphone anda.
Itu sebenarnya adalah mikrofon tambahan yang meningkatakan kualiti suara semasa anda merekod sesuatu, membantu Siri dalam mengenalpasti suara dan mengurangkan bunyi bising.
2.

Mesti anda tertanya-tanya fungsi nombor yang tertera di tengah botol tomato sos anda. Nombor tersebut tiada kena mengena langsung dengan jumlah sos, tarikh luput atau sebagainya.
Fungsi nombor tersebut adalah, picit kawasan nombor itu jika ingin sos keluar dengan senang.
3.

Kedudukan abjad itu rupanya ada sebab dan tujuannya yang tersendiri. Abjad itu membantu anda kekalkan posisi jari anda dengan betul tanpa perlu melihat ke arah papan kekunci bila menaip.
Sumber : Twitter
