Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi di Facebook semalam tentang misi sumbangan bantuan yang diedarkan kepada penduduk sekitar Chow Kit yang kurang berkemampuan.
Seperti biasa, Ustaz Ebit Lew menyantuni semua golongan tanpa mengira beza bangsa, warna kulit dan agama.
Ziarah semalam di kawasan penempatan di Chow Kit membawanya ke rumah-rumah yang serba kurang lengkap, difahamkan setiap rumah mempunyai bilik-bilik kecil yang disewakan, bersaiz kecil, sempit hingga terpaksa berkongsi tandas.
Tidak kurang juga, beliau berkesempatan untuk menziarahi insan-insan memerlukan di kawasan lain termasuklah sebuah keluarga yang menyara anak Orang Kurang Upaya (OKU).
Mari kita ikuti perkongsian penuh beliau;
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew