Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tak Payah Sental Berkali-kali, Ini Antara Cara Nak Bersihkan Bekas Makanan Berminyak

Gambar: Adnil Ollec, Ajez, Mira Azaha

Musim raya korban ni, banyak menu berasaskan daging yang korang boleh cuba. Tak kisahlah rendang, kari mahupun sup tulang, kesemuanya boleh buatkan korang tersandar kekenyangan. Tapi lepas sedap makan, satu cabarannya adalah untuk hilangkan kesan minyak degil pada bekas makanan yang korang gunakan.

Jenuh disental berkali-kali untuk pastikan kesan minyak hilang. Rasa membazir pula kan bila terpaksa guna banyak sabun dan air hanya untuk satu bekas makanan.

Jadi, mari kami kongsikan beberapa cara untuk hilangkan kesan minyak degil pada bekas yang korang boleh cuba. Tak payah teruk sental pun macam kebiasaan kita buat selama ni.

Cara pertama, korang boleh letakkan tisu di dalam bekas, picit sedikit sabun dan campur air. Tutup bekas rapat-rapat dan goncang sehingga kesan degil hilang. Bilas dengan air seperti di dalam video.

Kalau tak guna tisu pun boleh. Korang guna je sabun basuh baju dan campurkan air. Goncang sekuat hati dan tadaaa, kesan minyak pun tanggal.

Atau kalau korang nak lebih kepuasan, basuh semula menggunakan span sebelum membilasnya. Selamat mencuba.

Sumber: Ajez, Mira Azaha, Adnil Ollec