Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Baru-baru ini kita sedia maklum bahawa Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-92 yang bakal berlangsung di seluruh UiTM akan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan di tetapkan.
Susulan daripada penangguhan tersebut, Zhaeim Aziz telah memuat naik satu video di mana adik lelaki mereka bersimpati dan adakan majlis konvokesyen secara atas talian. Gelagat adiknya itu mendapat pujian ramai apabila suaranya menjadi perhatian ramai.
Bukan itu sahaja, gelagat adik mereka yang kreatif ini menarik perhatian netizen dengan memuji usaha dan suara yang merdu, sesuai untuk menjadi pengacara majlis. Video yang direka khas ini dibikin sendiri oleh adiknya.
Apa yang menarik lagi tentang adik beradik ini, nama-nama mereka sangat unik. Nama kakak adalah Mas Zahiah Zafirah. Pemilik suara ini yang berusia 18 tahun bernama Mas Zhiddin Zhiddan.

Perkataan yang digunakan dalam video ini sangat kelakar membuatkan netizen tidak kering gusi mendengar dan menonton video ini.
Sumber: Zhaemaziz