Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tak Selesa Penumpang Belakang Lunjur Kaki Kat Tepi, Tindakan Lelaki Ini Buat Terus ‘Settle’ Masalah

Gambar: @the.walker.twins

Kadangkala, ada sahaja pengalaman kurang menyenangkan bila kita menaiki pengangkutan awam. Jika bernasib malang, mungkin kita akan bertemu dengan individu pentingkan diri yang suka membuang sampah merata-rata, bersembang terlalu kuat sehingga mengganggu penumpang lain hatta menurunkan kusyen sehingga anda tersepit di belakang.

Malah, ada juga sebahagian individu yang gemar melunjurkan kaki ke tempat duduk hadapan tanpa menghiraukan penumpang hadapan yang terpaksa tahan dengan bau kaki mereka.

Jika anda dalam situasi tersebut, apa yang anda akan lakukan kepada individu berkenaan yang tidak menghormati hak penumpang lain?

Seorang lelaki di TikTok telah menjadi tular apabila bertindak memberi pengajaran kepada penumpang belakang yang melunjurkan kaki di tempat letak tangan kerusinya.

Menerusi perkongsian Daily Star, pemuda dengan nama pengguna @the.walker.twins itu bertindak menyiram air botol miliknya ke atas kaki seorang penumpang yang dilunjurkan di sebelahnya.

Tindakan pemuda itu membuatkan penumpang tersebut terus menarikkan kakinya, membuatkan para penonton berpuas hati. Tak kurang juga, ada yang mencadangkan penyelesaian lain seperti berikut:

Saya akan pegang kaki tu tak kira berapa kuat mereka tarik, itu kaki saya sekarang

Siku kuat-kuat, “Eh tak tahu ada kaki kat situ”

Saya akan bersin dan percik air pada masa sama

Sumber: @the.walker.twins