Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tak Tahan Bunyi Bising Masa ‘Zoom Meeting’, Lelaki Nekad Acu Pistol Pada Pekerja Binaan

Gambar: fakta.indo

Aksi lelaki yang seakan koboi kerana mengacukan pistol ke arah pekerja binaan selepas tidak tahan terganggu semasa ‘Zoom Meeting’ jadi tular di media sosial.

Seperti yang diketahui, suspek lelaki berumur 54 tahun yang berlagak seperti ‘koboi’ itu telah mengacukan pistol ke arah pekerja binaan di Pondok Indah, Jakarta Selatan. Lelaki itu kini berjaya ditahan.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya Kombes Endra Zulpan berkata, Lelaki itu mengacukan pistol kerana berasa jengkel dan terganggu dengan kerja mangsa. Pekerja binaan tersebut sedang mengubah suai rumah berhampiran dengan rumah suspek pada ketika itu.

Menurut Zulpan lagi, kejadian itu terjadi pada Sabtu (12/2) pagi. Pada ketika itu, lelaki berkenaan difahamkan sedang mengikuti mesyuarat maya di rumahnya di Jalan Kartika Utama, Pondok Indah, Daerah Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.

Seperti yang dilaporkan oleh Ketiknews sebelum ini, seorang lelaki berambut putih memakai baju kuning didapati sedang mengacukan pistol ke arah seseorang di tangga.

Kejadian itu berlaku dalam sebuah projek pengubahsuaian rumah seperti yang dirakam dalam klip video yang tular di media sosial.

Sumber: Ketiknews.com