Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Haih la Oyen, anjing laut pun kau buli. Biarpun anjing laut bersaiz berkali ganda lebih besar, kucing oren ini tetap berani menampar haiwan tersebut seakan dia lebih berkuasa.
Dalam video dikongsikan Animals World, kelihatan gelagat seekor anjing laut yang galak berbunyi seperti bercakap sesuatu di tepi seekor kucing oren.
Entah apa yang dimarahnya, dengan selamba si Oyen menampar haiwan laut itu yang kemudiannya terdiam lantas masuk ke dalam air.
Sedih agaknya.
Video itu membuatkan orang ramai terhibur dengan gelagat kedua-dua ekor haiwan tersebut.


