Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Peranan anggota bomba dalam masyarakat sememangnya perlu dipuji dan dihargai. Manakan tidak, mereka sentiasa bersedia untuk turun padang bagi membantu dan menyelamatkan individu atau haiwan yang berada dalam keadaan kecemasan.
Terbaru, seorang anggota bomba tular selepas dia dilaporkan berusaha menyelamatkan seekor anak kucing yang dikeluarkan semasa kebakaran di Miri, Sarawak.
Menurut perkongsiaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, pegawai bomba yang dikenali sebagai Mohamad Ainli Akhbar dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng berusaha menyelamatkan anak kucing tersebut yang kelihatan tidak sedarkan diri setelah terhidu asap yang tebal.
Video ketika pegawai itu sedang memberikan bantuan pernafasan terhadap haiwan comel tersebut telah tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.
Pun begitu, kucing itu dikatakan tidak dapat diselamatkan.
“Kucing tersebut dipercayai terperangkap berjaya dikeluarkan oleh pemilik rumah, dan terus cuba diselamatkan oleh Ainli.
“Walau bagaimanapun, setelah berusaha selama hampir 30 minit, kucing tersebut tidak dapat diselamatkan kerana terhidu asap yang terlalu tebal,” kata jabatan bomba itu menerusi Facebook.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha pegawai bomba tersebut dan turut mengucapkan terima kasih kepadanya.


Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak