Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) TERKINI: Elaun Khas Petugas Perubatan Naik Dari RM 400 Ke RM 600 Hingga Wabak COVID-19 Berakhir- PM

Kredit: BERNAMA

Putrajaya, 27 Mac- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan penambahan elaun kepada petugas barisan hadapan yang memerangi COVID-19.

Iklan

“Keutamaan kerajaan pada waktu ini adalah untuk membendung penularan COVID-19.

“Kakitangan kesihatan kita bekerja bertungkus lumus dalam keletihan dan tekanan, namun mereka terus cekal.

“Sebagai menghargai pengorbanan mereka, kerajaan akan meningkatkan elaun khas dari RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 hingga wabak ini berakhir.

“Kerajaan juga bersetuju memanjangkan elaun khas RM200 sebulan kepadaa anggota tentera, polis, kastam, imigresen, pertahanna awam dan RELA yang terlibat secara langsung dalam PKP.

“Elaun bermula 1 April hingga wabak COVID-19 berakhir,” katanya.

Sumber: RTM