Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tular Pandu Lawan Arus Di Laluan Motosikal, Polis Buru Pemandu Vios

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pihak polis memburu pemilik kereta Toyota Vios yang menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri dalam satu kejadian kelmarin.

Tindakan pemandu kereta tersebut yang melawan arus menyebabkan seorang penunggang motosikal yang melalui laluan berkenaan terbabit kemalangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku pada pukul 4 petang apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Petaling Jaya menghala ke Putrajaya terlanggar tembok kiri di bahu jalan.

Ia berikutan mahu mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus itu.

Sumber: Buletin BERNAMA