Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video)Mak Sibuk Berkelahi Tepi Jalan, Tak Sedar Bayi Maut Terjatuh Dari Tangan

Foto: WTXL

Seorang bayi berusia tiga bulan dilaporkan telah meninggal dunia akibat terjatuh dari pegangan ibunya ketika wanita itu sedang bergaduh dengan seorang lagi wanita lain.

Iklan

Kejadian tersebut berlaku di kawasan parkir kereta dan telah dirakam oleh kamera litar tertutup(CCTV) sebuah kedai berhampiran. Pergaduhan itu dilaporkan berlaku di Moultrie, Georgia pada 19 Julai lalu.

Seorang wanita yang berada berhampiran dengan tempat kejadian dilihat telah bertindak pantas mengambil bayi berkenaan sebaik sahaja mangsa jatuh ke tanah.

Foto: WTXL

Selepas insiden pergaduhan itu, kedua-dua wanita terlibat telah pulang ke rumah masing-masing. Ibu bayi tersebut hanya membawa anaknya ke hospital keesokan harinya dengan mendakwa anaknya terjatuh di rumah.

Malangnya, bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia tidak lama selepas menerima rawatan. Kejadian itu sampai ke pengetahuan pihak polis dan mereka terus melakukan siasatan lanjut.

Hasil siasatan yang dijalankan, mereka akhirnya mendapat tahu mengenai punca sebenar kematian bayi berkenaan dan menyedari apa yang didakwa oleh ibu itu sebenarnya adalah satu penipuan.

“Kami sudah menyiasat mengenai kes ini dan kami dapati punca kecederaan yang menimpa bayi ini bukanlah seperti yang didakwa ibunya,” kata pegawai polis yang terlibat.

Kenyataan palsu itu menyebabkan ibu wanita tersebut kini berdepan tuduhan membunuh dan mengabaikan keselamatan anaknya.

Ibu mangsa(kiri), Rakan subahat(kanan). Foto: Colquitt County Sheriff’s Office/The Sun

Lebih teruk lagi, seorang lagi wanita yang tidak terlibat langsung dalam insiden itu turut mengalami tuduhan mengeluarkan laporan palsu selepas dipercayai bersubahat dalam mengelirukan pihak polis.

Wanita yang terbabit dalam pergaduhan dengan ibu bayi tersebut pula dikatakan tidak akan menghadapi sebarang pertuduhan berikutan kejadian ini.

Sumber: The Sun, WTXL