Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kalau masuk mana-mana hutan, pasti ada trek laluan khas yang disediakan untuk para pengunjung melaluinya dengan selesa dan selamat. Jenis trek yang disediakan juga berbeza mengikut keadaan permukaan tanah hutan tersebut.
Bagaimanapun mungkin tidak ramai yang tahu, sebenarnya trek itu bukan sekadar laluan biasa semata-mata. Tapi ia disediakan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan berlaku kecelakaan.
Baru-baru ini, seorang renjer hutan yang menggunakan nama akaun p.sharon.j di TikTok berkongsi kepentingan trek hutan dan kenapa kita wajib menggunakan trek tersebut tanpa melalui laluan sendiri sesuka hati.
Jelas Sharon, kebanyakan hutan jenis hutan rekreasi akan menyediakan trek khas sebagai laluan untuk pengunjung. Salah satu fungsi utamanya adalah untuk memastikan keselamatan pengunjung terjamin.
Hal ini kerana laluan tersebut yang agak luas mampu mengelakkan pengunjung terkena mana-mana tumbuhan liar yang berduri serta beracun yang hidup di tepi trek.
Selain itu, Sharon juga menerangkan bahawa terdapat juga haiwan atau serangga liar berbahaya yang hidup di pokok-pokok di tepi trek tersebut seperti tebuan dan ular.
Disebabkan ia sangat berisiko dan boleh menyebabkan kecederaan, maka pengunjung mestilah berjalan betul-betul di atas trek agar dapat menjaga jarak dengan hidupan liar berkenaan, sekaligus boleh berjalan dengan selamat.
Untuk penerangan lebih jelas, mari ikuti perkongsian Sharon dalam video di bawah ini. Semoga bermanfaat.
Sumber: TikTok Karabow Monster