Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video)Wanita Terkejut Temui Pintu ‘Rahsia’ Di Lantai, Rumah Sewa Dipenuhi CCTV Di Setiap Pintu Blik

ruang bawah tanah
Gambar: Daily Star

Seorang wanita yang baru berpindah ke California, Amerika Syarikat telah menemui satu laluan ‘misteri’ ke ruangan bawah tanah di dalam pantri di rumah sewa barunya.

Menurut Daily Star, wanita dengan nama pengguna TikTok @VTmegs itu mendapati rumah berkenaan turut mempunyai beberapa kamera litar tertutup di penjuru setiap bilik.

Dalam satu video dikongsikannya, wanita itu menunjukkan keadaan di dalam sebuah ruangan kecil di rumah tersebut yang memiliki satu pintu di atas lantai.

Jelas wanita itu, dia kemudiannya membuka pintu berkenaan, mendapati terdapat sebuah tangga menuju ke ruangan bawah tanah.

“Saya agak cuak kerana mereka (agen) tidak memberitahu ada ruang bawah tanah pada iklan,” ujarnya.

Atas permintaan penonton, wanita itu kemudiannya turun ke ruangan tersebut bagi mengetahui keadaan di dalamnya.

Hasilnya, mereka mendapati ruang itu dipenuhi konkrit, paip dan wayar dipercayai bersambungan dengan kamera CCTV di rumah tersebut.

Sumber: Daily Star