Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Vietjet Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia Bagi Tahun Keenam Berturut-turut

ASIA

Vietjet Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia Bagi Tahun Keenam Berturut-turut

Vietjet diiktiraf sebagai salah sebuah Syarikat Terbaik untuk bekerja di Asia di Anugerah HR Asia 2026, sekali gus menandakan tahun keenam berturut-turut Vietjet menerima pengiktirafan berprestij tersebut. Vietjet turut menerima Anugerah Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman (Diversity, Equity & Inclusion – DE&I) HR Asia, sebagai pengiktirafan terhadap komitmennya dalam membina persekitaran kerja inklusif yang mengutamakan kebajikan warga kerja.

Pengiktirafan tersebut diterima ketika Vietjet terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia, salah satu pasaran serantau utamanya. Syarikat penerbangan itu kini mengendalikan penerbangan terus yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ho Chi Minh City dan Hanoi, sekali gus menawarkan pilihan perjalanan yang lebih mudah kepada pelancong dan pengembara perniagaan di rantau ASEAN.

Dianjurkan setiap tahun oleh HR Asia, anugerah ini mengiktiraf organisasi yang cemerlang dalam amalan pengurusan sumber manusia, mempunyai tahap penglibatan pekerja yang tinggi serta memupuk budaya kerja yang positif di seluruh rantau ini. Senarai penerima bagi 2026 turut merangkumi beberapa syarikat terkemuka di Vietnam. Vietjet menyerlah menerusi komitmennya mewujudkan mewujudkan persekitaran kerja yang profesional, dinamik dan memberi inspirasi.

Tahun ini juga menyaksikan Vietjet menerima Anugerah Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman (DE&I) HR Asia buat pertama kali. Kategori ini mengikhtiarkan syarikat yang memupuk tempat kerja yang pelbagai, saksama dan inklusif, dengan setiap pekerja dihormati, diperkasa dan diberikan peluang yang sama untuk berkembang tanpa mengira latar belakang.

Kedua-dua pengiktirafan ini mencerminkan komitmen jangka panjang Vietjet dalam meletakkan warga kerja sebagai teras strategi pertumbuhannya, di samping membina budaya kerja yang terbuka, profesional dan bertaraf global. Ketika ini, Vietjet mempunyai hampir 10,000 kakitangan dari lebih 68 negara dan wilayah. Hampir 30% daripada tenaga kerjanya terdiri daripada golongan profesional muda berusia antara 20 hingga 30 tahun yang menyumbang idea baharu, kreativiti serta inovasi kepada perkembangan berterusan syarikat.

Bagi menyokong pembangunan bakat jangka panjang, Vietjet terus melabur dalam latihan serta pembangunan profesional menerusi Victoria Aviation Academy (VIAA). Menerusi akademi tersebut, para pekerja mengikuti latihan penerbangan bertaraf antarabangsa, program pembangunan kepimpinan serta kursus khusus yang dikendalikan oleh pakar industri.

Kesejahteraan pekerja turut menjadi antara keutamaan Vietjet. Selain menyediakan pelbagai kemudahan moden di tempat kerja seperti ruang makan, bilik pawagam, gimnasium, bilik yoga dan ruang komuniti, syarikat penerbangan itu turut menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan serta program pembinaan pasukan secara berkala bagi mengukuhkan penglibatan pekerja dan budaya kerja yang positif.

Seiring dengan peluasan operasi antarabangsanya, termasuk rangkaian penerbangan antara Malaysia dengan Vietnam, Vietjet kekal komited untuk menarik dan membangunkan bakat, di samping mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi serta kecemerlangan operasi.

Dengan tenaga kerja yang dinamik, kreatif dan berbilang kewarganegaraan, Vietjet terus memperkukuh daya saing jangka panjangnya dalam merealisasikan visi untuk menjadi syarikat penerbangan moden, berorientasikan global dan berteraskan insan.