Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Vietjet Diiktiraf Sebagai Syarikat Penerbangan Hibrid Terbaik, Lancarkan Promosi 8.8

VIETJET

Vietjet Diiktiraf Sebagai Syarikat Penerbangan Hibrid Terbaik, Lancarkan Promosi 8.8

Selepas dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Hibrid Terbaik buat kali pertama di Korea Consumer Awards 2026, Vietjet kini memperkenalkan promosi 8.8 Double Day yang menawarkan tambang Eco serendah RM268 sehala (termasuk cukai dan fi) bagi penerbangan antara Malaysia dan Vietnam, diskaun sehingga 30% untuk tambang premium serta diskaun 50% bagi kombo hidangan yang ditempah awal.

Mulai sekarang hingga 8 Ogos 2026, 11.59 malam (waktu Malaysia), para pengembara dari Malaysia boleh menikmati tiket Eco pada harga promosi ke pelbagai destinasi dalam rangkaian Vietjet, termasuk penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Hanoi serta Ho Chi Minh City.

Promosi ini sah untuk tempoh perjalanan dari 5 September 2026 hingga 31 Mac 2027 (tidak termasuk cuti umum dan musim puncak, tertakluk kepada keadaan pasaran). Tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.vietjetair.com, aplikasi mudah alih Vietjet Air dan saluran jualan rasmi.

Penumpang turut boleh menikmati diskaun 30% bagi tambang Business dan SkyBoss untuk semua penerbangan antarabangsa terus dengan menggunakan kod promosi BUSB88, manakala tambang Deluxe bagi laluan Hanoi–Almaty–Prague ditawarkan dengan diskaun 20% menggunakan kod promosi DLX88.

Bagi menjadikan pengalaman perjalanan lebih menyeronokkan, penumpang yang membuat tempahan awal untuk kombo hidangan akan menikmati diskaun segera sebanyak 50%. Tawaran ini sah untuk semua laluan (tidak termasuk penerbangan sambungan) bagi perjalanan dari 18 Ogos 2026 hingga 31 Mac 2027.

Promosi ini diperkenalkan susulan satu lagi pencapaian penting Vietjet apabila syarikat penerbangan itu dinobatkan sebagai Best Hybrid Airline buat kali pertama di Korea Consumer Awards 2026, selain menerima anugerah Best Inflight Food Experience dan Service Excellence.

Vietjet juga merupakan satu-satunya syarikat penerbangan asing yang menerima pengiktirafan di anugerah tersebut untuk tahun kedua berturut-turut, selain disenaraikan sebagai antara 39 Jenama Pengguna Paling Dipercayai di Korea Selatan bagi tahun 2026.

Pengiktirafan ini mencerminkan kejayaan transformasi Vietjet sebagai sebuah syarikat penerbangan hibrid yang menggabungkan tambang berpatutan dengan produk serta perkhidmatan yang dipertingkatkan menerusi pilihan tambang Eco, Deluxe, SkyBoss dan Business, seiring dengan usaha syarikat memperluaskan rangkaian penerbangan antarabangsanya.

Menjelang penghujung tahun ini, Vietjet bakal melancarkan laluan terus baharu yang menghubungkan Hanoi dengan Prague (Republik Czech) dan Almaty (Kazakhstan), selain laluan Ho Chi Minh City–Colombo (Sri Lanka).

Penumpang yang memilih Vietjet boleh menikmati pengalaman perjalanan dengan pesawat moden yang cekap bahan api, pilihan tambang yang fleksibel, perkhidmatan mesra dan profesional, serta pelbagai hidangan panas yang disediakan segar, termasuk sajian popular Vietnam dan antarabangsa seperti Pho dan Banh Mi, selain kopi susu ais Vietnam yang menjadi kegemaran ramai.

Bagi penerbangan khas terpilih, penumpang turut berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan di dalam pesawat, sekali gus menjadikan setiap perjalanan lebih bermakna.

Intipati
  • Vietjet menawarkan tambang Eco dari RM268 sehala bagi penerbangan Malaysia-Vietnam.
  • Promosi sah hingga 8 Ogos 2026 untuk perjalanan mulai September hingga Mac.
  • Syarikat itu turut diiktiraf Best Hybrid Airline di Korea Consumer Awards 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan