Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Vietjet menambah sebuah Airbus A321neo ACF ke dalam armadanya, sekali gus menjadikan jumlah pesawat yang diterima sebanyak 22 buah dalam tempoh sebulan menjelang akhir tahun.

Bagi pasaran Malaysia, penambah kapasiti ini akan mengukuhkan hubungan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Vietnam, termasuk ke Hanoi, Ho Chi Minh City dan Da Nang, serta meningkatkan akses ke destinasi sambungan lain dalam rangkaian Vietjet.

Pengembangan armada terbesar dalam sejarah Vietjet – bersamaan dengan bilangan pesawat sebuah syarikat penerbangan bersaiz sederhana – merupakan pencapaian signifikan dalam perjalanan pertumbuhan Vietjet.

Pesawat yang telah dan bakal diterima merangkumi sembilan pesawat Boeing 737 untuk Vietjet Thailand, tujuh pesawat Airbus generasi baharu serta enam pesawat lain untuk Vietjet Group di Vietnam.

Penambahan ini meningkatkan kapasiti operasi dan memberi fleksibiliti perkhidmatan Vietjet merentasi di seluruh pasaran pada musim perjalanan puncak Tahun Baharu dan Tahun Baru Lunar yang bakal berlangsung dalam masa terdekati.
Dalam keadaan industri penerbangan global masih berdepan kekurangan pesawat, gangguan rantaian bekalan dan kelewatan penghantaran, Vietjet menunjukkan pendekatan yang berbeza.

Penambahan 22 pesawat moden dalam jangka masa sebulan mencerminkan keyakinan tinggi terhadap Vietjet, kedudukan kewangan kukuh serta reputasi yang semakin meningkat sebagai rakan strategik yang dipercayai dalam industri penerbangan.